Kami faham emosi wanita yang ingin jual emas — sebab itu kami layan setiap pelanggan dengan penuh empati, sabar dan profesional.
Beli Emas di Lokasi Anda
Tak perlu keluar rumah. Kami sedia datang ke lokasi anda — rumah, pejabat atau mana-mana tempat yang selesa untuk anda.
Harga Telus & Kompetitif
Tiada caj tersembunyi. Anda akan tahu kadar harga semasa sebelum jualan dilakukan — semuanya telus dan patuh syariah.
Urusan Pantas & Selamat
Urusan jual beli selesai dalam masa kurang 10 minit — tanpa sebarang tekanan. Duit terus masuk ke akaun anda atau tunai on the spot.
(5/5)
Kami Beli Emas Terpakai Anda Dengan Harga Tinggi
Kami beli semua jenis emas terpakai anda — tak kira emas itu baru, lama, calar, atau rosak. Ramai wanita telah berjaya tukarkan emas mereka kepada tunai dengan mudah bersama Emas Bonda.
“Saya jual gelang emas lama yang dah patah — servis Emas Bonda memang terbaik. Semak harga, terus setuju dan duit masuk hari yang sama!” — Puan Izyan, Shah Alam
Tak kisah emas anda lama, tercalar, patah atau tak cukup sepasang — Emas Bonda sedia beli semua jenis emas terpakai dengan harga tinggi & proses telus.
Ambil gambar emas anda (subang, rantai, cincin dll) & hantar ke WhatsApp kami.
Terima Anggaran Harga Dalam 5 Minit
Kami semak jenis, anggaran berat & beri harga semasa. Tiada caj tersembunyi.
Setuju → Bayaran Terus Ke Akaun Anda
Boleh C.O.D dan jumpa team kami walaupun di rumah atau pejabat anda — selepas setuju, bayaran terus dikreditkan.
F.A.Q
Soalan Lazim Tentang Jual Emas di Emas Bonda
Saya ada emas lama/patah/tak cukup pasangan. Boleh jual?
Ya, boleh! Kami terima semua jenis emas terpakai — termasuk subang sebiji, gelang patah, rantai kusut atau emas lama tanpa resit.
Macam mana nak tahu berapa harga semasa?
Mudah sahaja. Anda boleh hantar gambar emas melalui WhatsApp dan kami akan beri anggaran harga berdasarkan berat & jenis emas (916/999 dll).
Berapa lama proses nak jual emas ni?
Biasanya kurang daripada 10 minit! Selepas anda setuju dengan harga yang ditawarkan, kami akan bayar terus ke akaun anda.
Saya tak boleh keluar rumah, boleh COD?
Ya, kami ada servis COD (Cash On Delivery) terpilih untuk kawasan tertentu. Team kami akan datang ke rumah anda dan uruskan semuanya dengan selamat & beretika.
Emas tu bukan atas nama saya (contoh: mak atau arwah), boleh jual?
Kami hanya beli daripada pemilik atau waris yang sah. Jika emas itu milik keluarga, kami akan bantu beri bimbingan untuk proses yang betul & patuh syariah.
Ada minimum gram untuk jual?
Tiada minimum — walaupun anda hanya ada satu cincin lama, kami tetap terima.
Adakah Emas Bonda beli emas dari lelaki juga?
Ya, kami beli emas daripada semua pelanggan, sama ada wanita atau lelaki — selagi sah milik sendiri.
Tips & Ilmu Tentang Emas Yang Ramai Tak Tahu
Dapatkan panduan, tip, dan kisah sebenar seputar emas terpakai — supaya anda boleh buat keputusan jual beli dengan lebih yakin, bijak dan berbaloi.